25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Kereta Proton Dijadikan Sebagai Bom Kereta Di Syria (video)

Militan menggunakan Proton Saga BLM sebagai bom kereta.
Militan menggunakan Proton Saga BLM sebagai bom kereta.

Sebuah kereta Proton digunakan sebagai bom kereta seperti yang dipaparkan dalam rakaman video di Syria.

Paparan video selama 3 minit 3saat itu dimuat turun di laman You Tube dengan menyaksikan seorang lelaki sedang menyiapkan empat bahan peranti letupan (IED) di bahagian belakang dalam Proton Saga BLM tersebut.

 

IED itu dipasang bagi kawalan letupan dan kereta itu juga di ubahsuai untuk bergerak secara kawalan.

Lelaki di dalam video tersebut memandu ke arah jalan sebelum membiarkan kereta itu bergerak secara kawalan dan sejurus itu letupan besar berlaku.

Lokasi sebenar kejadian ini di salah satu tempat di Syria yang berlaku konflik sejak 2011.

Proton Saga BLM telah dilancarkan pada tahun 2008 dan Proton turut dijual ke Syria sejak tahun 2001.

“Ia tidak menunjuk Proton digunakan secara sengaja. Anggota militan dengan mudah boleh menggunakan mana-mana kereta. Mereka tidak perlu menggunakan Proton,” jelas satu sumber.

Bagaimanapun, sumber tersebut berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan militan cuba mencemarkan nama Malaysia dengan menggunakan Proton Saga.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...