Kereta Rentung, 4 Cedera Di Jalan Kuala Pilah – Seremban - pakdin.my

Kereta Rentung, 4 Cedera Di Jalan Kuala Pilah - Seremban

Empat orang cedera parah dalam nahas di Jalan Kuala Pilah-Seremban dekat Bukit Putus, awal pagi tadi.

Nahas berlaku kira-kira jam 6 pagi itu turut menyebabkan seorang pemuda dan tunangnya nyaris rentung setelah kenderaan yang dinaiki terbalik lalu terbakar.

Nahas membabitkan tiga buah kenderaan.

Tindakan pantas orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan terbabit sempat menyelamatkan pasangan itu.

Dua jentera dari balai bomba dan penyelamat Kuala Pilah dan Senawang dikerah ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Identiti kesemua mangsa masih sedang dikenalpasti.

Mmangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

 

UTAMABERITAKereta Rentung, 4 Cedera Di Jalan Kuala Pilah - Seremban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium