Kereta terbabas, Jasliza terkejut Agong tawar bantuan - pakdin.my

Mangsa nahas Jasliza Jamil terkejut apabila mendapati lelaki berpayung kuning diiringi individu bersongkok lilit putih yang mendatanginya untuk menawarkan bantuan adalah Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dengan tangan menggeletar, mangsa tidak menyangka baginda datang bertanya keadaannya selepas kereta beliau terbabas ketika dalam perjalanan ke pejabat berikutan hujan renyai pada 7.20 pagi, lapor Sinar Harian.

Ketika itu, pegawai penerangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan berada di belakang kereta ketika Yang di-Pertuan Agong menghampiri lokasi insiden.

“Baginda turut menawarkan untuk membawa saya ke hospital tetapi saya ambil keputusan untuk ke balai polis terlebih dahulu,” kata Jasliza.

“Alhamdulillah saya menerima bantuan yang sangat mudah di balai polis,” katanya lagi.

Jasliza sedang memandu Perodua Alza sebelum kereta hilang kawalan sebelum terbabas di susur Persiaran Barat ke lebuh Sentosa, Putrajaya.

Baginda yang dalam perjalanan ke Istana Melawati untuk menghadiri mesyuarat pra-Kabinet kemudian turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa.

Instagram will load in the frontend.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/vpH7l3wGkpU

Berita sebelum:
Agong turun kereta rasmi bantu mangsa nahas di Putrajaya [Video]
https://pakdin.my/agong-turun-kereta-rasmi-bantu-mangsa-nahas-di-putrajaya/

UTAMABERITAKereta terbabas, Jasliza terkejut Agong tawar bantuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium