Kereta Terbabas Rempuh Bazar Ramadhan Di Kampung Behor Pulai, Kangar (video) - pakdin.my

kereta-rempuh-bazar-ramadhan-kangar

Kangar: empat peniaga bazar ramadan di Kampung Behor Pulai, Kangar, nyaris maut selepas sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki terbabas lalu merempuh gerai mereka.

Kejadian berlaku jam 2.45 petang semalam ketika peniaga terbabit sedang bersiap sedia untuk memulakan perniagaan.

Sebuah kereta kancil dari arah Jejawi dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas.

Akibat rempuhan itu, beberapa peralatan jualan, seperti khemah, kerusi , mesin air tebu, pembakar roti dan kuali rosak.

Pemandu berusia 30-an itu cedera parah di bahagian badan dikejar ke Hospital Kangar untuk mendapatkan rawatan.

 

UTAMAKereta Terbabas Rempuh Bazar Ramadhan Di Kampung Behor Pulai, Kangar (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium