Kereta Terbakar Dikaitkan Dengan Kehilangan Morais - pakdin.my

Anthony Kevin Morais kereta

Kereta yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, di sini, pagi semalam dipercayai mirip model kenderaan digunakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika mengesahkan perkembangan itu berkata, setakat ini jenis kereta yang ditemui itu belum dapat disahkan modelnya berikutan musnah sama sekali dalam kebakaran itu.

Katanya, kereta berkenaan ditemui di dalam ladang kelapa sawit yang letaknya kira-kira tiga kilometer dari jalan besar dan jauh dari kawasan perumahan.

Beliau berkata, tiada sesiapa ditemui di dalam kereta berkenaan dan sehingga kini pihaknya sedang menunggu pakar untuk mengesahkan model kereta itu.

“Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita memerlukan pakar untuk mengesahkannya,” katanya yang ditemui di Jeti Ladang Sungai Bernam di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, kali terakhir Kevin dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga kini.

Berita kehilangan Kevin juga menjadi ‘viral’di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya

Kevin sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.

Anthony Kevin Morais kereta 2

UTAMABERITAKereta Terbakar Dikaitkan Dengan Kehilangan Morais

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium