Kerja pembersihan tanah runtuh Lentang-Bukit Tinggi selesai pagi Khamis (video) - pakdin.my

tanah-runtuh-lentang-pembersihan-jkr

 “Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat penyelenggaraan laluan berkenaan sudah dikerah melakukan kerja pembersihan tanah runtuh dan ia dijangka selesai pagi esok.

“Bagaimanapun, kita tidak akan membuka laluan berkenaan sehingga ia disahkan selamat.”

Itu kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung perkembangan terbaru operasi pembersihan tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak.

Menurutnya, keadaan struktur tanah di kawasan itu akan diketahui selepas pihak pakar forensik melakukan tinjauan dan menentukan sama ada ia selamat dilalui atau sebaliknya malam ini.

Pengguna yang terkandas dari arah Kuala Lumpur dan pantai timur katanya, sudah diarahkan berpatah balik dan menggunakan laluan alternatif untuk meneruskan perjalanan ke destinasi di kedua-dua arah.

“Bagi pengguna yang merancang untuk melalui laluan berkenaan, kita nasihatkan supaya menangguhkan perjalanan atau menggunakan laluan lain,” katanya.

Sehingga kini, laluan di sepanjang Lebuh raya Kuala Lumpur -Karak masih sesak teruk sepanjang lebih lima kilometer malah turut melengahkan pergerakan pasukan keselamatan dan menyelamat termasuk anggota Bomba dan Penyelamat (Bomba) untuk tiba di lokasi tanah runtuh itu.

Lorong kecemasan juga dipenuhi kenderaan awam, sebahagian besar mereka memberhentikan kenderaan sementara menanti kerja-kerja pembersihan selesai.

Pihak berkuasa juga sudah membuka laluan untuk pengguna membuat pusingan ‘U’ di km 50.

banjir-lumpur-lentang-kayu
banjir-lumpur-lentang-aliran-air

UTAMABERITAKerja pembersihan tanah runtuh Lentang-Bukit Tinggi selesai pagi Khamis (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium