Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Global

All countries
230,645,683
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
205,650,581
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
4,727,839
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

[Video] Kerja penghantaran Grab, Foodpanda tak bermaruah: UPM arah pensyarah mohon maaf

Universiti Putra Malaysia mengarahkan pensyarahnya, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari supaya memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan pekerjaan e-hailing sebagai tidak bermaruah.

Universiti itu dalam kenyataannya berkata, permohonan maaf itu perlu dibuat khusus kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Walaupun menyifatkan pandangan tersebut bersifat peribadi, namun Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Profesor. Dr. Azmawani Abd Rahman berkata, pihaknya menyiasat perkembangan tersebut dan masih menunggu penjelasan lanjut dari pensyarah berkaitan.

Katanya, pensyarah  tersebut berkemungkinan besar tersalah menggunakan perkataan yang bersesuaian untuk menggambarkan pendapat dan pandangan beliau.

“Bagi memurnikan situasi yang sedang berlaku, UPM akan meminta pensyarah terbabit mengeluarkan kenyataan permohonaan maaf secara terbuka khususnya kepada pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut dan umumnya kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Menurut Dr Azmawani, UPM mempunyai garis panduan kepada semua pekerja dan pelajar dalam memberi kenyataan kepada media.

Katanya, universiti itu juga sering memberi peringatan dan memantau warganya supaya mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan dan tidak memberi sebarang kenyataan yang berbentuk provokatif, menyinggung, dan memberi persepsi negatif.

Pensyarah berkenaan, Mohd Yusof dalam program temu bual di televisyen ketika ditanya tentang gig ekonomi menyifatkan kerja-kerja penghantaran seperti Gojek sebagai kerja-kerja tak bermaruah. – MalaysiaGazette

LIHAT video
https://youtu.be/yVLGCJ1hBZw

Berkaitan