Kerjasama bersama MCA & MIC perlu diteruskan

Tidak betul UMNO tidak respon kepada kenyataan DS Nazri Aziz. Saya fikir masalah Tok Mat ialah lantikan jawatan ini dibuat oleh Pengerusi BN, jadi sukar untuk beliau membuat perubahan struktur parti.

Dalam politik negara ini kita perlu kerjasama dengan semua kaum untuk mentadbir negara.

Biarpun ramai orang Cina dan India tidak lagi menyokong MCA dan MIC kerjasama ini perlu diteruskan.

Sekian lama adalah UMNO adalah parti sederhana yang menerima pandangan semua kaum.

MCA dan MIC juga perlu menjadi lebih matang dan tahu membezakan antara kenyataan politik SUA BN dengan keputusan politik BN.

Jika Nazri gagal menjalankan tugas beliau, maka usullah supaya Nazri diganti bukannya menyalahkan keseluruhan BN dan UMNO.

MCA tidak boleh ganti DAP. Mereka memerlukan segmen pengundi Cina yang lain.

Demikian juga MiC mereka tidak boleh ganti Hindraf dan PKR. Mereka perlu mencari pengundi India yang sederhana dan tidak ekstrem.

Biar sikit asalkan berkualiti dan memahami perkongsian kuasa negara ini.

Oleh Ab Jalil Backer


Loading...

9 KOMEN

    • Semut Hitam MCA MIC KELUAR BN SEBAB UCAPAN NAZRI???

      First time dapat berita ni, aku jadi marah/kecewa sama Dato Sri Nazri Aziz. Sebab dalam otak aku mesti dia ada buat statement biadap dan kurang hajar yg menyinggung perasaan ahli2 MCA dan MIC.

      Biasalah, siapa yang tak kenal beliau.

      Tapi, untuk adil kepada Dato Sri Nazri, aku cuba dengar dulu ceramah beliau di Semenyih tu.

      Ni link ceramah: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/251196065814849/

      Ok. Lepas aku tengok sampai habis, aku tengok tiada pun kenyataan dari beliau yang kurang hajar/biadap ataupun bersifat rasis.??

      Beliau hanya bercerita tentang pentingnya mempertahankan hak2 orang Melayu. Cara penyampaian beliau sangat tenang dan santai. Tiada pun terpekik pekik marah2. Tiada pun kurang hajar.

      Antara point2 beliau:

      1) Kalau PH nak hapuskan hak2 istimewa org melayu, hapuskan juga sekolah jenis kebangsaan. Mana boleh satu kaum saja berkorban. Semua kena bekorban

      2) Beliau ungkit pasal kes arwah Adib.. dia kata peguam negara tak adil. Pendakwaan kes adib ditarik peguam negara dan senyap begitu saja.

      3) Beliau kata boleh kalau bangsa lain jadi nak jadi PM or TPM, tapi syaratnya mesti Islam. Sebabnya nanti angkat sumpah dgn Al-quran

      4) Begitu juga dengan Ketua Peguam Negara. Perlu beragama Islam. Kalau dia tak angkat sumpah dengan Al-Quran bagaimana kita boleh percaya kepadanya?

      Alasannya, kalau dia bersumpah selain dari al Quran, dia boleh menipu. Sebab bagi PH, Manifesto mereka pun bukan kitab suci (Alquran). Sebab itu penting jawatan2 tersebut perlu diberi kepada orang Islam. Kerana Malaysia adalah negara yang majoriti Islam.

      Kesimpulannya aku amat setuju dengan semua statement Dato Seri Nazri.

      Aku percaya ramai kawan2 bangsa Cina dan India dalam MIC MCA faham dengan hak2 Melayu dan perjuangan UMNO.. aku percaya mereka takkan sentap pun dengan ucapan Nazri ni. Budak cytro under Nazri pun ada yang berbangsa Cina.

      Tapi kalau pemimpin2 atasan MCA dan MIC tak setuju dengan ucapan Nazri, bermakna mereka pun sama saja macam DAP.

      So bye-bye pemimpin MCA dan MIC.
      We dont need leaders like u.

      -Tun Carlos

  1. Heheee….interesting!…ini isu “keadaan dan proses”, dan bukannya isu “semangat dan prinsip BN” itu sendiri bagi saya….hakikatnya…1. UMNO tidak kemas dan aktif untuk menyelesaikan masalah dalamannya, dalam keadaan Najib dan Zahid diserang PH, dan pembersihan UMNO itu sendiri…2. MCA dan MIC, bolih tidak membuat kenyataan terbuka, tetapi mereka berterus terang dan perlu kerana menghormati penyokong dan ahli mereka itu adalah penting…3. Jadi, bincanglah…kalau prinsip BN itu masih ada, dan semuanya ikhlas, prinsip tersebut lebih penting, dari kecuaian kecuaian dalaman, yang bolih ditangani secara tertutup..…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini