Kerosakan Ladang, Harta Benda Warga Felda Cecah Lebih RM4 Juta – Isa Samad - pakdin.my

BANJIR-Felda Seberang Tayor

Jumlah kerosakan ladang milik Felda di negeri-negeri yang dilanda banjir dianggarkan bernilai RM3 juta manakala kerosakan harta benda milik warganya ialah RM1.56 juta.

Menyatakan demikian, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, “Kita sudah membuat bancian, kira-kira 200 rumah lebih yang perlu kita baiki dan Felda akan membuat bancian secara terperinci apakah keperluan-keperluan yang seharusnya kita bantu”.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat dan menyerahkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Kampung Telok Batu, Lenggong, di sini, Ahad.

Katanya, kira-kira 929 keluarga warga Felda terjejas akibat banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata kira-kira RM1.9 juta berjaya dikutip menerusi Tabung Amal Bencana Felda yang dilancarkan pada 2 Januari lepas.

“Wang ini kita berjaya kutip dari kumpulan syarikat dan daripada wilayah-wilayah di Felda.

“Kita ada 11 wilayah dan mereka telah mengumpulkan kewangan sebanyak RM320,000 yang telah diserahkan kepada tabung kita.

“Sekarang kita ada kira-kira RM1.9 juta. InsyaAllah itu kita guna untuk membeli peralatan-peralatan yang diperlukan untuk diberikan kepada masyarakat terjejas dengan banjir,” kata Mohd Isa.

Dalam perkembangan lain, Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad berkata tiga sekolah di kawasan Lenggong yang dijadikan sebagai pusat pemindahan boleh beroperasi sepenuhnya untuk kelas persekolahan esok.

Katanya, sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Beng, SK Lubok Kawah dan SK Raban.

“Mereka yang sebelum ini tinggal di pusat pemindahan di situ dipindahkan ke dewan orang ramai kerana mangsa banjir sudah berkurangan,” katanya.

UTAMAKerosakan Ladang, Harta Benda Warga Felda Cecah Lebih RM4 Juta - Isa...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium