Kertas siasatan dikembalikan kepada SPRM untuk penjelasan- AG - pakdin.my

1mdb-ag-sprm-src international

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengarahkan kertas siasatan berhubung kes SRC International dan RM2.6 bilion dikemukakan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Menurut Apandi, ia bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan selanjutnya setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut.

“Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan satu kertas siasatan berkaitan kes yang dikatakan melibatkan dana RM2.6 bilion yang telah dikemukakan oleh pada 31 Disember 2015.

“Ia untuk mendapat penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM,” kata Apandi menerusi satu kenyataan media kepada BNBBC.my pada Isnin.

Tambahnya jabatan peguam negara juga telah mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kertas siasatan dua kes melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember 2015 lalu.

Ia adalah siasatan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan RM42 juta yang disalurkan kepada Najib melalui bekas anak syarikat 1MDB SRC International.

SPRM sebelum ini berkata siasatan awal menunjukkan dana RM2.6 adalah dana sumbangan politik kepada Najib.

UTAMAEDITORIAL1MDBKertas siasatan dikembalikan kepada SPRM untuk penjelasan- AG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium