25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Kertas siasatan kes pengawal peribadi Anwar diserah kepada Peguam Negara

MELAKA – Siasatan kes pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor mengacu pistol ke arah orang awam baru-baru ini diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Pengawal peribadi Anwar didakwa melakukan tindakan itu pada satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim dekat sini, Sept lepas.

“Kita serahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-74 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kenyataan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang mempersoal tempoh masa yang perlu diambil bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan.

Mursyidul Am Tibai Muhammad Zahid Md Arip dilaporkan berkata kegagalan mendedahkan hasil siasatan kes itu dikhuatiri menimbulkan persepsi negatif terhadap kredibiliti pihak polis.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan