Kertas Siasatan Peniaga Gagal Patuhi Undang-Undang CBP (GST) Dibuka – Kastam - pakdin.my

gst-pendaftaran-saat-akhir

Jabatan Kastam telah membuka kertas siasatan berhubung peniaga yang gagal mematuhi undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), kata ketua pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau berkata kertas siasatan itu dibuka dalam minggu pertama CBP dilaksanakan 1 April lepas untuk mengetahui bilangan kes yang boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Selepas dua minggu iaitu pada 15 April, kita akan tahu berapa banyak (peniaga) yang benar-benar boleh diambil tindakan kerana mengabaikan kehendak undang-undang seperti mengenakan CBP walaupun tidak berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran operasi outlet rokok dan arak seludup 2015, di sini hari ini.

Khazali berkata pelaksanaan CBP yang masuk hari kelapan berjalan lancar dari segi pelaksanaan dan masalah di peringkat awal telah dapat diselesaikan.

“Sejak 1 April Jabatan Kastam masih teruskan operasi berbentuk khidmat nasihat dan penguatkuasaan…di peringkat awal sehingga pertengahan bulan ini, nasihat diberikan kepada peniaga yang tidak tahu mengenakan caj dan cukai.

“Ada juga penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang tidak berdaftar dengan CBP tetapi mengenakan caj CBP. Mereka ini akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang keras jika dikesan dan laporan diterima,” katanya.

Berhubung isu CBP ke atas kupon tambah nilai prabayar, Khazali berkata jabatannya akan mengadakan mesyuarat khas dengan penyedia perkhidmatan tidak lama lagi dan berharap isu itu dapat diselesaikan bulan depan.

“Kita akan mengadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan isu itu secara baik dengan penyedia perkhidmatan,” katanya menjawab berhubung tindakan peniaga yang enggan menjual kupon tambah nilai berikutan keliru mengenai CBP.

UTAMABERITAKertas Siasatan Peniaga Gagal Patuhi Undang-Undang CBP (GST) Dibuka - Kastam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium