Kertas siasatan SRC, dana RM2.6b ke Peguam Negara minggu depan - pakdin.my

sprm Datuk Bahri Mohamad Zain

Kertas siasatan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikemukakan kepada Peguam Negara minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bahri juga sekali lagi menegaskan bahawa kes berkenaan akan dikendalikan SPRM dengan bebas dan profesional.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah memberi panduan dan amanat supaya pasukan siasatan kes itu mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan dengan bebas sama ada terdapat kes atau sebaliknya.

“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami (SPRM) untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.

“Pengurusan tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas,” katanya.

Berhubung desakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya SPRM mendedahkan penderma dana RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Bahri berkata, Akta SPRM 2009 tidak membolehkan badan itu memaklumkan butiran terperinci siasatan kepada umum.

“SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan jika ia tidak bercanggah dengan undang-undang. Bagaimanapun peruntukan yang sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian.

“SPRM berharap semua pihak faham akan perkara ini. Sebagai penggubal undang-undang, diharap YB Rafizi memahami kekangan ini dan mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes yang disiasat secara terperinci kepada umum,” katanya.

UTAMAEDITORIAL1MDBKertas siasatan SRC, dana RM2.6b ke Peguam Negara minggu depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium