KERUGIAN FOREX, WANG RUGI ATAU DICURI? - pakdin.my

Pelbagai andaian boleh dibuat terhadap kerugian besar yang dialami Bank Negara Malaysia pada tahun 1993 dalam manipulasi mata wang.

Kehilangan secara misteri USD$10 billion( RM44 billion nilai sekarang) pada 1993 itu telah dianggap sebagai kehilangan terbesar dalam mana mana bank di dunia pada waktu itu.

“Al fatihah kepada Tan Sri Jaffar Hussein, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang letak jawatan pada hari April Fool 1994 kerana hendak tutup salah orang lain. Sikit jumlah orang macam ini” berikut adalah catatan twitter
Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 30 Januari 2017.

Amat mengejutkan sama sekali, jika benar apa yang disebut oleh menantu bekas Gabenor Bank Negara itu. Apakah berani Mahathir membidas atau mengambil tindakan saman atas dakwaan di Twitter itu?

Maknanya ada sesuatu yang misteri telah disembunyikan. Kekal misteri apakah ianya satu kerugian atau satu kecurian? Perkara itu tidak pernah disiasat pun oleh mana mana badan bebas seperti PAC, atau mana mana suruhanjaya bebas.

1MDB yang berhutang (bukan mencuri duit atau rugi) diserang dan ditohmah oleh Mahathir dan ANC (Kelab Anti Najib) nya.

Pada isu 1MDB pelbagai andaian dibuat sebelum dan selepas diperiksa oleh PAC.
Selepas disiasat , ia tetap dilemparkan pelbagai permainan persepsi oleh pihak pembangkang dan kuncu kuncu Tun Mahathir.

Ini kerana mereka tiada lain peluru untuk menyerang Dato Seri Najib , maka seharusnya mereka bergayut bermati matian dengan isu hayat mereka iaitu 1MDB.

Malangnya mereka gagal kemukakan sebarang bukti selain menambahkan lagi soalan untuk menghidupkan isu 1MDB.

Sedang rakyat mahukan bukti, mereka hidangkan juga soalan, harus difahami , soalan bukannya bukti.

Pada skandal terbesar kewangan negara dalam sejarah iaitu Skandal Forex, wang yang didakwa rugi telah diberi dengan pelbagai jumlah yang berbeza. Ada empat angka yang berlainan.

Boleh dikatakan semua jumlah itu betul belaka atau juga semua jumlah itu bohong belaka, kerana jumlah yang diberi tidak ada “verificatiion” dari mana mana pihak berautoriti.

Seorang penulis terkenal iaitu Raja Petra Kamaruddin telah pun menyatakan jumlah kerugian sebenar tidak diketahui. Raja Petra dakwa ia terjadi sebab adanya “unsur unsur mencuri” di dalamnya.

Dalam erti kata lain walaupun rugi, jumlah kerugian termasuk jumlah yang berkemungkinan telah dicuri tetap ada

Maka , jika kehilangan besar Skandal Forex dilabelkan di atas nama “kerugian” maka dari gerak sarafnya tidak akan terlihat seolah olah ada unsur jenayah.

Maka dalam jumlah kerugian sebenarnya ada jumlah yang dicuri dan dibawa lari ke luar negara. Siapa yang curi? Bagaimana wang sebanyak itu iaitu USD$10 billion boleh dibawa lari?

Apabila melihat tokoh tokoh di belakangnya seperti Mahathir dan Daim, maka semuanya “impossible” selagi tidak dibuka siasatan yang rasmi secara menyeluruh.

Kertas siasatan 1MDB yang telah oleh PAC dan Peguam Negara. Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali nyatakan “tinggi dokumen siasatan 1MDB yang saya perlu teliti adalah setinggi saya dan saya jumpa lebih 100 orang saksi”.

Dalam Skandal Forex dan BMF apakah ada penyiasatan yang terperinci begitu?

Maka itu sebabnya dianjurkan kes skandal kewangan terbesar ini di siasat oleh pihak ketiga seperti mana Dato Seri Najib dan 1MDB diserahkan kepada pihak ketiga yang didalamnya ada pihak lawan seperti Tony Pua, Tan Seng Giaw dan beberapa orang lagi ahli parlimen pembangkang.

Cuba tanya sekali lagi berapa kerugian Bank Negara? Tentu anda akan dapat jawapan berbeza dari orang berbeza.

Apa kata Datuk Abdul Murad Khalid berkenaan jumlah kerugian itu?

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid tampil mendedahkan bank pusat Malaysia pada 1991 sehingga 1993 terlibat dalam perdagangan spekulasi mata wang antarabangsa yang berisiko tinggi sehingga menyebabkan kerugian lebih USD$10 bilion (RM44 bilion).

Kemudian lihatlah berapa pula jumlah yang dikatakan telah lesap oleh Gabenor Bank Negara sendiri iaitu Datuk Jaafar Hussien dalam pengakuannya “Saya Silap” pada kerugian RM5.7 billion.

Benarkah angka itu dari mulut Gabenor sendiri atau diarah untuk bercakap angka itu?

Kenyataan Arwah Datuk Jaafar Hussien ini kemudian diberi penjelasan oleh Datuk Nur Jazlan sebagai menantunya bahawa Arwah dipaksa untuk mengaku bagi jumlah itu. Kemudian meletak jawatan untuk menutup kesilapan orang lain, maknanya di “kambing hitam” kan.

Maka jika dua pihak berautoriti dari bank pusat yang sama telah memberi jumlah yang berbeza, maka haruskah kita mahu mempercayai pihak yang menjadi dalangnya seperti Mahathir dan Daim?

Pada tulisan Raja Petra Kamaruddin yang terbaru di mana Tun Mahathir tidak pernah mahu saman. Raja Petra berkata bahawa berkemungkinan dalam jumlah kerugian itu ada jumlah yang ditumpang curi.

Berkemungkinan wang dicuri sambil diakui kerugian.

Kerugian dalam dagangan tidak terlihat sebagai jenayah dan hanya boleh di lihat sebagai cuai dan “incompetent” sahaja.

Maka itu sebabnya jumlah kerugian yang disebut berbeza beza.

Sesiapa pun boleh menuduh bermacam macam dan andaikan pelbagai bagai kerana ia tidak disiasat secara total oleh pihak ketiga.

Mahathir dan Daim tidak perlu takut kerana mereka suci dan baik, tambah lagi mereka tidak pernah mencuri wang negara, maka tentu mereka tidak keberatan untuk fail kerugian wang negara dibuka semula.

Pembangkang juga akan setuju jika fail dibuka semula, ini kerana ketua mereka Lim Kit Siang telah menulis dua buku berkenaan kerugian besar ini.

Jika Kit Siang enggan setuju, maka tindakan saman atau tuduhan menipu terhadap dua buah buku tulisannya berkenaan Skandal Forex boleh dilaksanakan.

Benar kata Datuk Murad, saksi , kerani dan mereka yang terbabit ada yang sudah mati jika hidup pun sudah uzur.

Fail mungkin sudah dimakan anai anai , tetapi kebenaran mutlak mesti di “establish” kerana ia wang dari keringat rakyat yang di kutip dari sistem cukai SST.

Apa sebenarnya yang terjadi pada wang RM44 billion itu? Dicuri atau rugi?

20170131-mahathir-daim-forex

UTAMAEKONOMIKERUGIAN FOREX, WANG RUGI ATAU DICURI?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium