Kes 4 mati di MRR2: Pemandu Proton Satria didakwa minggu depan - pakdin.my

proton-satria-kemalangan-maut-mrr2

Lelaki yang menyebabkan kemalangan ngeri sehingga mengorbankan sepasang suami isteri dan dua sepupu di Kilometer 23.1 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Hulu Klang, bakal dihadapkan ke mahkamah minggu depan

Pemandu berusia 65 tahun yang memandu Proton Satria itu akan didakwa di mahkamah pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada Puspakom Sdn. Bhd .(Puspakom) yang memeriksa kedua-dua kenderaan terbabit.

Dalam kemalangan itu Hasbullah Abd. Ghani, 26, dan isterinya, Nurul Intan Syahida, 22, meninggal dunia manakala dua lagi ialah sepupu Nurul Intan Syahida, Tengku Ahmad Faiz dan Asma Ismail, 22, yang turut terbunuh.

Dakwa pemandu Satria itu, dia terbabas akibat kegagalan brek keretanya.

UTAMABERITAKes 4 mati di MRR2: Pemandu Proton Satria didakwa minggu depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium