30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Kes ADUN PKR pukul bekas bendahari parti didengar Khamis

Kottapan-dipukul-Dr-Xavier

Lagi berita mengenai kecelaruan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perbicaraan berhubung tuntutan ganti rugi membabitkan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan yang mendakwa dipukul oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar akan didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam Khamis ini.

Kottapan mendakwa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh Dr. Xavier yang ketika itu anggota Exco kerajaan negeri Selangor pada pemilihan PKR bagi Cabang Kota Raja pada 26 September 2010.

Dalam insiden yang berlaku di Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bukit Naga itu Dr. Xavier bertanding mencabar Kottapan bagi merebut jawatan ketua cabang PKR Kota Raja.

Susulan itu, Dr Xavier dan Kottapan masing-masing membuat laporan polis dengan Dr. Xavier menafikan perkara itu.

Insiden tercetus apabila Kotappan mendakwa pemilihan PKR cabang Kota Raja, Klang, yang dimenangi Dr Xavier tidak sah kerana hanya diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

PKR kemudiannya memecat keanggotaan bekas bendahari PKR Selangor itu berkuatkuasa 18 Januari 2011 melalui surat pemecatan yang dikirim menerusi e-mel daripada pejabat Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution Ismail.

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...