25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Kes amuk: Keputusan permohonan Muhdalena hari ini

muhdalina runding bersalah 2

muhdalina runding bersalah 1PUTRAJAYA – Permohonan Muhdalena Ahmad yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas, untuk runding akuan bersalah akan ditentukan esok.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pihaknya masih dalam proses perbincangan.

Sementara itu perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Kamil Nizam, yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan berikutan masalah kesihatan peguam M. Visvanathan.

Semalam, kes tersebut juga ditangguhkan atas sebab yang sama. Seramai 39 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai
tahun lepas.


Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut didakwa membawa sebilah pedang di tempat dan masa yang sama. Tuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia turut berdepan dua tuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Bagi tuduhan pertama, Muhdalena didakwa mengingkari arahan Lans Koperal Ridzuan supaya meletakkan senjatanya di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan dan bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengingkari perintah oleh seorang menteri dengan berada di premis itu tanpa kad atau permit masuk yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan.

Muhdalena kini dalam jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan