Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: Enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah melibatkan pendatang tanpa izin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Azman Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota polis terbabit.

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam (19/7/2019).

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran berkenaan kes itu. — Bernama

UTAMABERITAKes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium