Kes Bunuh, Bakar Tapah: JKM Dapat Hak Penjagaan 2 Anak Perempuan Pasangan Suspek - pakdin.my

bunuh-bakar-tapah-anak-jkm

TAPAH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat hak penjagaan ke atas dua anak perempuan kepada pasangan suspek bagi kes pembunuhan sekurang-kurangnya empat individu di sini.

Kedua-dua anak perempuan suspek, masing-masing berusia 11 dan 23 tahun dibawa ke mahkamah majistret di sini pada tengah hari sebelum diiring menaiki sebuah van milik JKM.

Difahamkan, kedua-dua mereka akan ditempatkan di dua rumah kebajikan berasingan di Perak.

Isnin lalu, polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 65 kilometer dari sini minggu lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Kerian berkata, isteri dan salah seorang anak lelakinya akan dibebaskan pada Jumaat selepas perintah reman berakhir.

“Bagaimanapun, kita akan memohon untuk lanjutan perintah remah terhadap suspek utama dan seorang lagi anak lelaki mereka,” katanya.

UTAMABERITAKes Bunuh, Bakar Tapah: JKM Dapat Hak Penjagaan 2 Anak Perempuan Pasangan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium