26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Kes Bunuh Datuk Sosilawati – Saksi Dengar Teriakan Wanita Dua Kali (Video)

Bunyi teriakan seorang wanita sebanyak dua kali, kemudian api marak setinggi pokok kelapa sawit pada awal pagi.

Insiden itu berlaku selepas seorang wanita berjaket biru bersama tiga lelaki dibawa ke Ladang Tanjung Sepat, Banting.

Itu antara keterangan saksi yang menghiasi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, siang tadi.

Bekas pembantu rumah tertuduh keempat, R. Kathavarayan atau Ravi, Siti Hamidah Karnas, tampil selaku saksi ke-33.

Menurut Siti Hamidah, isteri majikannya telah mengarahkan semua pekerja supaya tidak keluar rumah bermula jam lima petang, 30 Ogos.

Ia dilakukan selepas menerima panggilan daripada seseorang.

Sebelum itu Ravi turut memintanya menyediakan baldi berisi syampoo, sabun, dua helai baju-t, seluar dan kunyit serta diletakkan di pintu belakang rumah.

Setahu Siti Hamidah, kunyit akan digunakan majikannya untuk mandi sekiranya berlaku kebakaran.

Namun perkara itu tidak dijelaskan lebih lanjut.

Selepas menyediakan makan petang, saksi ini memberitahu Ravi mengarahkannya untuk mengambil parang dan pisau di atas almari sebelum diletakkan di belakang keretanya.

Turut bersama Ravi ialah tertuduh pertama N. Pathmanaban.

Mereka berdua kemudian dilihat menaiki kereta Ravi menuju tempat tidak diketahui dalam keadaan cemas.

Kira-kira jam sembilan malam, dia melihat kelibat empat individu di Ladang Tanjung Sepat.

Tidak lama kemudian, terdengar jeritan seorang wanita sebanyak dua kali.

Seterusnya, melihat api marak menjulang setinggi pokok kelapa sawit pada jam satu pagi.

Jelas saksi itu lagi, sehari sebelum itu, dia ada melihat sebuah lori dengan muatan kayu dalam jumlah yang banyak masuk ke ladang berkenaan.

Tiga pekerja tertuduh utama dilihat menurunkan kayu itu di depan kandang lembu.

Tegas saksi berkenaan, keterangannya hari ini dibuat bukan kerana marah atau sakit hati dengan majikannya yang pernah memukulnya.

Perbicaraan bersambung esok

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...