Kes Covid-19 cecah 18,496 di Indonesia dengan 1,221 kematian - pakdin.my

Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 18,496 kes dengan 30 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai Covid-19 Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,221 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat sebanyak 486 kes baharu manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu berjumlah 11,891 orang,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan di Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 470 kes diikuti Jawa Timur (222 kes), Jawa Barat (124), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. — Bernama

UTAMADUNIAKes Covid-19 cecah 18,496 di Indonesia dengan 1,221 kematian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium