25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

Kes Demam Kepialu Meningkat Di Kuala Lumpur

demam-kepialu-tanda

Kementerian Kesihatan pada Isnin mengesahkan berlaku penularan wabak demam kepialu di beberapa kawasan bandar di ibu negara dengan 32 kes direkodkan sejak 18 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada semua kes jangkitan itu, Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4).

Bagaimanapun, katanya, tiada kematian dilaporkan.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan mula mengesan kes demam kepialu sejak minggu pertama Ogos apabila menerima tujuh notifikasi membabitkan buruh binaan di Cheras yang bekerja berdekatan pusat bandar.

Katanya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan demam kepialu.

“Namun, hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman.

Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar.

Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala.

Malahan, pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah.

Jika tidak dirawat, gejala itu boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala dan pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 37 orang yang berhubungan dengan pesakit terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan, telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa.

Jelas beliau lagi, kira-kira 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minuman diambil bagi mengesan kehadiran bakteria tersebut.

Namun, katanya, masih belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii setakat ini.

“Kejadian demam kepialu bukanlah keadaan luar biasa di Kuala Lumpur, dengan bilangan kes sejak lima tahun lalu adalah di antara tujuh hingga 35 kes setahun,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan.

“Pilih kedai atau gerai makan yang bersih, termasuk juga pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih. Kebersihan diri juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas,” katanya.

Tambah beliau lagi, Kementerian Kesihatan sedang berusaha keras untuk mencegah penularan jangkitan penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

“Dapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala demam kepialu bagi mengelakkan komplikasi,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...