Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am

Indonesia

Indonesia
4,241,809
Confirmed
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Indonesia
4,085,775
Recovered
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Indonesia
143,299
Deaths
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am

Global

All countries
245,768,692
Confirmed
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
All countries
221,038,692
Recovered
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am
All countries
4,987,767
Deaths
Updated on October 28, 2021 10:38 10:38 am

Kes hasutan babitkan Sultan Perak: Karpal gagal merayu

Keputusan Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang akhbar pada 2009, tidak boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan pada Isnin.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel lima hakim sebulat suara membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk membatalkan rayuan Karpal Singh.

Hakim Zulkefli berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak boleh dirayu kerana kes Karpal Singh itu masih berada di peringkat Mahkamah Tinggi dan kes itu masih belum selesai sepenuhnya.

Panel itu yang turut dianggotai empat hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hasan Lah menerima hujahan yang dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin bahawa keputusan Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal Singh, 72, untuk membela diri tidak boleh dirayu berdasarkan ketetapan Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1964.

Seksyen 3 menetapkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayani rayuan berkaitan perkara interlokutori yang telah diputuskan semasa perbicaraan kerana keputusan itu dianggap bukan perintah muktamad dan tidak menghapuskan sepenuhnya hak pihak berkenaan.

Hakim Zulkefli juga memutuskan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kesaksamaan daripada segi undang-undang, sepertimana hujahan Karpal, tidak boleh dibaca secara berasingan kerana ia perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 87 CJA.

Karpal Singh sebelum itu berhujah, oleh kerana pihak pendakwaan dibenarkan merayu ke Mahkamah Persekutuan jika keputusan itu tidak memihak kepada mereka, beliau juga boleh dibenarkan berbuat demikian sepertimana termaktub dalam Perkara 8(1) yang memberi jaminan semua orang adalah sama rata daripada segi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan undang-undang secara adil.

Noorin, bagaimanapun berhujah prinsip mengenai kesamarataan tidak mutlak dan menurutnya hak Karpal Singh masih belum dihapuskan sepenuhnya.

Pada 20 Jan, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan pengerusi kebangsaaan DAP itu daripada pertuduhan hasutan pada akhir kes pendakwaan tanpa memerintahkannya membela diri.

Karpal Singh didakwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah, di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb, 2009.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 30 dan 31 Mei bagi Karpal Singh membela diri.

Karpal Singh juga memfailkan permohonan bagi memohon Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya sendiri. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh pendengaran.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021