Kes Liwat Anwar: Tindakan Tegas Terbabit Perhimpunan Haram – KPN - pakdin.my

LEBIH BAIK ADAKAN SOLAT HAJAT KERANA YANG AKAN BERDEMO NANTI 99% ORANG ISLAM

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka terbabit perhimpunan haram berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.

Khalid berkata sebarang bantahan melalui perhimpunan haram di jalan raya tidak dibenarkan sama sekali dan polis akan memantau keadaan di seluruh negara serta akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan.

“Saya menyeru kepada pihak tertentu supaya bertenang dengan apa juga keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan Jumaat.

“Saya meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram untuk membantah kerana ini adalah proses perundangan dan apa juga tindakan bantahan perlu dibuat di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA Mohd Saiful telah dicemari.

Mengulas mengenai situasi ketika ini, Khalid berkata: “Sekarang keadaan terkawal dan saya harap keadaan berterusan beginilah. Semua diminta bersabar dan mengikut segala proses undang-undang yang sedia ada”.

Beliau berkata pihak polis telah bersiap sedia untuk menjaga keamanan awam dan berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.

UTAMABERITAKes Liwat Anwar: Tindakan Tegas Terbabit Perhimpunan Haram - KPN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium