Kes Liwat II: Kurang 20 orang sertai demonstrasi #kitalawan - pakdin.my

demo-kitalawan-liwat-hambar

Menyedihkan ! Itulah yang dapat digambarkan kepada penyokong setia PR yang tidak sampai 20 orang ini apabila pucuk pimpinan semua berehat-rehat di rumah di hujung minggu tetapi mereka terpaksa berpeluh terjerit, terpekik, terlolong terus menyeru orang ramai bersama-sama dengan mereka menyokong solidariti terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demonstrasi #kitalawan di hadapan Sogo pada Sabtu yang disertai kurang 20 orang itu kelihatan sungguh hambar.

Mereka yang berkumpul sejak 5.05 petang itu seperti biasa memegang beberapa plakad sambil membuat sorakan seperti ‘reformasi’ ‘bebas Anwar’ sekaligus mengganggu orang awam yang sedang mendengar buskin di hadapan pusat membeli belah tersebut.

Namum, kemudiannya mereka beralih dan berkumpul di suatu sudut untuk membuat ‘silent protest’.

Lebih menyedihkan keadaan, tidak ada seorang pimpinan Pakatan Rakyat turun untuk melibatkan diri dalam demonstrasi itu.

Hanya kelihatan, aktivis mahasiswa, Adam Adli serta beberapa penyokong Pakatan Rakyat yang lain.

Adam Adli dalam ucapan ringkasnya mendesak agar penyokong sentiasa bersama dan tidak putus asa untuk melibatkan diri dalam demonstrasi setiap minggu sebagai tanda bantah pemenjaraan yang dilakukan terhadap Anwar yang kononnya dianggap sebagai konspirasi politik.

Mereka kemudiannya duduk selama 10 minit dan berakhir pada jam 5.35 petang.

Polis turut kelihatan berada di sekitar Sogo bagi memastikan keadaan terus terkawal memandangkan beberapa aduan telah diterima termasuklah pengurusan Sogo sendiri kerana demonstrasi yang diadakan mengganggu perniagaan mereka.

Tidak lama selepas itu, aktivis Adam Adli ditahan bersama-sama sekretariat #KitaLawan Mandeep Singh dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 6 petang oleh sekumpulan anggota polis.

Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong tidak benarkan kedua-dua mereka ditahan.

Bulan lalu, beliau telah ditahan kerana menyertai himpunan yang sama di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.

UTAMABERITAKes Liwat II: Kurang 20 orang sertai demonstrasi #kitalawan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium