Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Malaysia

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Indonesia

Indonesia
4,201,559
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Indonesia
4,012,448
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Indonesia
141,114
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Thailand

Thailand
1,524,613
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Thailand
1,380,362
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Thailand
15,884
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Global

All countries
231,050,483
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
All countries
206,015,304
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
All countries
4,735,770
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Kes Liwat II Anwar: Mahkamah Rayuan Putuskan Adalah Selamat Untuk Mensabitkan Anwar

kertas-penghakiman-kes-liwat-anwar-ibrahim

PUTRAJAYAAdalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar).

Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan.

Dalam penghakiman yang diedarkan kepada media Jumaat, mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan.

“Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya,” kata hakim berkenaan.

Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar.

Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara.

Dua lagi hakim yang mendengar rayuan itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya.

“Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari),” menurut panel itu.

Mereka berkata mahkamah telah meneliti keterangan Mohd Saiful Bukhari dan bersetuju penuh dengan hakim mahkamah tinggi apabila beliau mendapati bahawa tidak sukar untuk memahami kenapa Mohd Saiful berbuat begitu disebalik menegaskan beliau tidak merelakan perbuatan Anwar itu.

Panel berkenaan berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kredibiliti Mohd Saiful dan tiada yang tidak munasabah dalam keterangannya.

Mereka juga menyatakan kelewatan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat tidak memudaratkan kes pihak pendakwaan selagi terdapat penjelasan yang kukuh dan boleh diterima berhubung kelewatan itu.

Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu.

Mengenai isu pengesahan identiti “Lelaki Y”, mahkamah memutuskan keterangan ahli kimia Nor Aidora Saedon dari Jabatan Kimia Malaysia adalah amat penting.

Berkaitan