Kes LTTE libatkan ADUN DAP dibatalkan, undang-undang negara jadi boneka mainan DAP

Keadilan negara dicabul sekali lagi.
Pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seremban Jaya, iaitu P. Gunasekaran kerana memiliki item berkaitan Harimau Kebangkitan Tamil Eelam (LTTE) telah pun dibatalkan pagi ini dihadapan hakim hasil dari permohonan pihak pendakwa untuk membatalkan kes ini.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Okt kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Okt lepas, atas pertuduhan tambahan.

Apa yang lebih menghairankan, alasan dan sebab pembatalan tidak dimaklumkan sama sekali hingga menimbulkan keraguan awam berkenaan pembatalan kes ahli politik DAP tersebut.

Inilah dia Malaysia Baru, kononnya memperjuangkan Malaysia Bersih dan telus tetapi sebaliknya!

Sekali lagi Tommy Thomas membuat kejutan. Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Harapkan AG mempertahankan kedaulatan undang-undang tetapi AG yang menghancurkan!

Tindakan AG ini benar-benar mencabar dan menghina kewibawaan pihak PDRM yang bertindak secara profesional di dalam menjalankan tugas mereka.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dibebaskan dari tuduhan rasuah membabitkan pembelian rumah banglo dan peguam negara juga memohon kepada mahkamah untuk menarik balik kes. Maka Lim Guan Eng dibebaskan walaupun kes sedang berjalan dan sebahagian saksi telah dipanggil.

Selepas itu, kes Muhammad Adib juga memperlihatkan Tommy Thomas langsung tidak berlaku adil. Tommy campur tangan dalam kes yang sedang dalam inkues sehinggakan pihak mahkamah memutuskan bahawa Tommy telah menghina mahkamah.

Manakala dalam isu 1MDB, Tommy telah melantik peguam luar bagi mengendalikan kes kapal mewah Equanimity dengan bayaran upah guaman sebanyak RM2 juta walaupun peringkat awal dikatakan percuma atau pro bono sedangkan penghakiman di dalam kes tersebut hanyalah penghakiman ingkar (default judgement).

Ini tidak termasuk peranan Tommy supaya kerajaan Malaysia meratifikasi Statut Rome. Statut Rome mencabuli kedaulatan Raja-Raja Melayu serta mengundang campur tangan negara asing dalam perundangan negara.

Berkali-kali rakyat meminta agar Tommy dipecat namun Tommy Thomas masih untouchable dan kebal.

Selagi Tommy Thomas masih kekal sebagai Peguam Negara (AG), kita tunggulah apa lagi onar yang akan berlaku!

#PecatTommyThomas
#bubarparlimen

Ismail Sabri Yaakob
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158097010646282&id=350525301281

Loading...