Enam remaja lelaki, termasuk empat bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kes buli dua pelajar sekolah yang bersujud sambil menjilat jalan raya di sekitar Sea Park, Pwraling Jaya yang menjadi viral di laman sosial, bulan lalu.
Tiga remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku bersalah manakala seorang lagi remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Dua lagi remaja, Tan Sze Keong, 18, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Lim Khoo Boo Kean, 19, pelajar kolej juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Datuk Mohd Suah.
Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhi hukuman ke atas tiga pesalah muda yang mengaku bersalah itu kerana menunggu laporan akhlak mereka dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.
Mengikut pertuduhan, Tan dan Lim bersama-sama empat lagi remaja bawah umur didakwa menyuruh dua pelajar lelaki berusia 15 tahun bersujud sambil menjilat jalan raya dengan tujuan untuk mengaibkan kehormatan di kawasan belakang sebuah sekolah menengah di Sea Park, Kelana Jaya, di sini jam 1 tengah hari, 29 Januari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat menawarkan wang jaminan RM1,000 bagi empat remaja bawah umur namun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Tan dan Lim.
Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Tan dan Lim memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan kedua-dua tertuduh masih tinggal bersama keluarga dan ibu bapa mereka bersedia memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah untuk prosiding seterusnya.
Majistret Fadzlin Suraya membenarkan empat pesalah bawah umur masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin manakala Tan dan Lim dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
Minggu lalu, rakaman perbuatan buli melibatkan dua mangsa lelaki berusia 15 tahun menjadi viral di laman sosial. Video berdurasi 34 saat yang dimuat naik di laman Facebook Sabtu lalu itu memaparkan mangsa lengkap berpakaian sekolah menjilat jalan raya. –
Kes pelajar jilat jalan raya, 6 remaja didakwa https://t.co/Ttt8WGhGm6
Kes pelajar jilat jalan raya, 6 remaja didakwa: Enam remaja lelaki, termasuk empat bawah umur didakwa di Mahka… https://t.co/161FzdFyS1
Kes pelajar jilat jalan raya, 6 remaja didakwa https://t.co/TbihYMnydN
Saiful Torres liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Are Lis liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Amalina Ahmad liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Latipah Khamis liked this on Facebook.
Mohd Azrai Sg Buloh liked this on Facebook.
Seth Faizal Mukhriz liked this on Facebook.
Azri Azmi liked this on Facebook.
Ingatkan jilat apa …
Jeffry Indip liked this on Facebook.
Suraya Mohd Zain liked this on Facebook.
Marzuki Borak liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
اكروم زاكى liked this on Facebook.
Semerah Padie liked this on Facebook.
Nizwan Wan liked this on Facebook.