27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Kes pertama bawah Akta Antiberita Tidak Benar

Mesej viral mengatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan memberi bantuan di beberapa pasar raya, semalam, menjadi kes pertama disiasat polis mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan kelmarin.

Mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan sehingga RM200 di Pontian dan beberapa daerah lain viral di media sosial, menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut di beberapa pasar raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pada jam 10 pagi kelmarin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menerima maklumat kehadiran orang ramai di pasar raya Econsave Pontian selepas mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan menjadi viral.

“Hasil siasatan mendapati mesej itu adalah palsu dan penyebaran maklumat seumpama itu turut dikesan di beberapa lokasi lain di negeri ini.

“Berikutan itu, kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

“Seseorang itu juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan bersalah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Khalil berkata, selain itu, polis Johor menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun.


Beliau berkata, jika kesalahan itu masih diteruskan selepas disabitkan bersalah, seseorang itu boleh didenda sehingga RM3,000 selama kesalahan masih berlaku.

Berikutan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai menyemak kesahihan berita dan jangan mudah percaya apa yang diterima di media sosial.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, pengendali media sosial atau portal berita yang menulis dan menyebarkan laporan palsu, menyakitkan hati, jelik atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

#AntiBeritaTidakBenar
#BeritaPalsu

Berita Berkaitan

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan