KES RASUAH DI SARAWAK MENINGKAT - pakdin.my

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak melakukan 73 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini selain mengemukakan 42 pertuduhan di mahkamah selepas membuka 79 kertas siasatan berkaitan rasuah.

Pengarahnya, Datuk Badrul Shah Norman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 59 tangkapan pada 2014 dan 67 tangkapan pada tahun lepas.

Beliau berkata, 23 daripada merela yang ditangkap tahun ini adalah kalangan penjawat awam yang terdiri daripada empat individu kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 19 orang daripada kumpulan sokongan.

Berucap pada Program Integriti bersama Ketua-ketua Jabatan dan Media di Dewan Sri Bunga Rampai di sini, Ahad malam, beliau berkata, selebihnya terdiri daripada kakitangan bahagian penguatkuasaan, pegawai syarikat swasta dan orang awam.

Daripada 300 aduan yang diterima dari awal tahun hingga Sabtu, SPRM Sarawak membuka 79 kertas siasatan, dan sebanyak 73 kertas siasatan dibuka daripada 234 aduan yang diterima dan 72 pertuduhan dilakukan pada 2014.

“Sepanjang tahun lepas, jumlah aduan yang diterima meningkat berbanding tahun sebelumnya kepada 396 dan daripada jumlah itu, 85 kertas siasatan dibuka, 67 tangkapan dilakukan dan 35 pertuduhan dibuat,” katanya.

20161106-sprm-sarawak

UTAMABERITAKES RASUAH DI SARAWAK MENINGKAT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium