26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Kes rogol Exco Perak: 19 Mac keputusan permohonan gantung perbicaraan

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini sekali lagi menetapkan 19 Mac bagi keputusan permohonan pasukan pembelaan, untuk menggantung prosiding perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia, membabitkan Exco Perak Paul Yong Choo Kiong.
Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Ketetapan itu juga mendapat persetujuan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan yang diwakili Naidatul Athirah Azman berkata pihaknya tidak memfailkan afidavit balasan dan sebarang hujahan terhadap permohonan itu, malah menyerahkan kepada Mahkamah Sesyen untuk memutuskannya.

“Kami mendapat arahan agar tiada bantahan yang dibuat terhadap permohonan pemohon dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan permohonan itu,” katanya.

Sementara itu, peguam Farhan Sapian yang mewakili Yong ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, prosiding hari ini adalah sebutan bagi satu tarikh keputusan permohonan penggantungan prosiding perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen.

“Jadi mahkamah telah menetapkan tarikh 19 Mac untuk keputusan. Memandangkan pihak pendakwaan juga tiada bantahan dan tiada memfailkan apa-apa afidavit dan juga hujahan, jadi kami telah bersetujulah menetapkan tarikh itu untuk keputusan permohonan,” katanya.

Farhan berkata pasukan pembelaan masih menunggu rekod rayuan yang disediakan Mahkamah Rayuan di Putrajaya, untuk dihantar ke Mahkamah Persekutuan.

“Pada 27 Mac nanti, kita (pasukan pembelaan) akan tahu status berkaitan dengan rekod rayuan disediakan oleh Mahkamah Rayuan yang telah dimaklumkan daripada Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Pada 5 Dis tahun lalu, Norashima menetapkan tarikh perbicaraan Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, pada 10 hingga 14 Feb 2020.

Pada 23 Ogos 2019, Yong, 50, yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol pembantu rumahnya, di sebuah rumah di Meru Desa Park di antara 8.15 malam dengan 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan Yong untuk memindahkan perbicaraan kes rogol dihadapinya, daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim dengan Hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Seri Kamaludin Md Said memutuskan untuk menolak permohonan itu manakala Hakim Datuk Rhodzariah Bujang menentang keputusan itu.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/paul-yong

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...