Kes saman fitnah RM2 juta terhadap Hadi dirancang? - pakdin.my

hadi-anwar

Kes saman fitnah RM2 juta yang dikemukakan bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dipercayai sudah dirancang.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali berpendapat, kemungkinan ujud konspirasi yang dirangka oleh PKR bertujuan menjatuhkan kredibilti Hadi sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.

“Kes ini mungkin sudah dirancang sedemikian rupa untuk menolak kredibiliti Presiden PAS, kewarakan dan keulamakan beliau. Sebab itu, secara peribadi saya merasakan ada perancangan di sebalik semua ini. 

Beliau turut menempelak bakal calon PKR bagi PRK DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan bagi membela rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat itu. 

Menurut Hasan, situasi itu menimbulkan rasa ‘bengkak hati’ dikalangan pengikut PAS dan ahlinya yang meluahkan kekecewaan kepada beliau berhubung kes saman tersebut. 

“Bila PKR nak orang PAS berjuang bersama-sama untuk memenangkan Anwar di Kajang, mereka janji turun membantu. Tetapi dengan insiden ini, saya merasakan orang PAS mungkin sudah jauh hati. 

“Saya dapat perkhabaran, mereka bangun (untuk membantu di Kajang) dengan kejengkelan disebabkan presiden mereka dikeji sebegitu sekali,” katanya. 

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi Mohd Shamsul.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul.

“Sepatutnya Anwar adalah orang pertama mempertahankan Hadi mungkin dengan mengetakan ianya dibuat oleh anak muda yang terlalu ghairah dalam politik. 

“Sepatutnya dia jawab begitu, tetapi dia bagi jawapan yang tidak meyakinkan. Saya yakin ini akan ada kesan dalam PRK DUN Kajang nanti,” tegasnya.

UTAMAPOLITIKKes saman fitnah RM2 juta terhadap Hadi dirancang?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium