Kes SRC: Pendakwa Raya arah Ambank sekat butiran transaksi dihantar kepada peguambela - pakdin.my

Sebelum ini, pihak pendakwa raya berulang-kali menolak permintaan proses “discovery” dari peguam saya untuk mendapat dokumen-dokumen berkatian dengan kes SRC saya dari pihak SPRM dan Pendakwa Raya.

Semalam pula, SPRM tiba-tiba menghantar surat kepada pihak bank untuk sekat butiran-butiran transaksi akaun milik saya daripada dihantar kepada peguam-peguam saya untuk membela saya.

Setahu saya, sekatan seperti ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes dalam sejarah Malaysia.

Sebelum ini, mahkamah juga telah diberitahu bahawa adanya dokumen bank yang membuktikan Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera-putera Arab pernah menghantar dana kepada akaun bank saya.


Ini laporan MalaysiaKini:

Pembelaan bantah arahan SPRM sekat akses fail Ambank

1.45 tengah hari: Perbicaraan disambung dengan pasukan pembelaan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada hakim berkenaan arahan yang dikeluarkan SPRM kepada Ambank, yang menghalang Najib dan peguamnya untuk mendapatkan dokumen berkenaan akaun banknya yang telah ditutup.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh berkata Ambank telah memberikan dokumen yang diperlukan selama setahun setengah kepada mereka untuk membuat persediaan dalam perbicaraan.

Namun, kata mereka, ia terhenti baru-baru ini apabila seorang pegawai Ambank memberitahu pihaknya telah diarah oleh SPRM untuk tidak memberikan sebarang dokumen berkenaan akaun Najib tanpa kebenaran mereka.

Kata Shafee, arahan itu menjejaskan persediaan pembelaan anak guamnya dan pengesahan dokumen-dokumen utama.

“Kami memerlukan dan berhak ke atas dokumen ini. Pemegang akaun sentiasa berhak terhadap dokumen, sama ada ia masih diteruskan atau telah ditutup… Untuk tahu transaksi (yang dibuat).

“Tiada asas untuk SPRM untuk melakukannya. Mereka tidak boleh berbuat demikian, kerana ini akaun anak guam saya,” kata Shafee.

Dia mendakwa arahan itu diberi oleh pegawai penyiasat SPRM yang dikenali sebagai Rosli.

Pasukan pembelaan memberitahu hakim mereka telah menghantar emel berkenaan perkara itu kepada mahkamah.

Seorang anggota pendakwaan kemudian memberitahu mahkamah bahawa mereka perlu membincangkan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi maklum balas, memandangkan emel itu yang diterima sebaik sebelum mahkamah berehat pada pukul satu tengah hari tadi.

https://www.malaysiakini.com/news/476168

Facebook Najib Razak

……………
https://pakdin.my/tag/src-international

UTAMABERITAKes SRC: Pendakwa Raya arah Ambank sekat butiran transaksi dihantar kepada peguambela

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium