“Pecatlah saya kalau memang tak suka dengan cara saya bekerja” itu luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Arifin selepas diasak PKR dan kerajaan negeri yang tidak selesa dengan tindakannya memberi ulasan berhubung isu projek terowong dasar laut kepada BH, Jumaat lalu.
Sekiranya mempersoalkan projek songlap atau tidak munasabah mereka, perkhidmatan anda akan ditamatkan.
**********
Pecatlah saya, kalau tak suka – Dr Norlela
GEORGETOWN: “Pecatlah saya kalau memang tak suka dengan cara saya bekerja” itu luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Arifin selepas diasak PKR dan kerajaan negeri yang tidak selesa dengan tindakannya memberi ulasan berhubung isu projek terowong dasar laut kepada BH, Jumaat lalu.
Dr Norlela yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri berkata, tindakan PKR dan Kerajaan DAP Pulau Pinang mendesaknya mengemukakan saman kepada BH ekoran artikel berkenaan, antara lain disifatkan tidak masuk akal.
Selain itu, katanya, artikel disiarkan BH berhubung projek mega dianggar bernilai RM6.3 bilion itu langsung tidak terpesong daripada maksud asal dan desakan mengemukakan saman kepada akhbar ini disifatkan sebagai serangan peribadi oleh PKR dan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Baca selanjutnya di:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/375380/pecatlah-saya-kalau-tak-suka-dr-norlela
Tiga hari lepas:
ADUN PKR Norlela dan ADUN DAP Teh akui kos kajian tidak munasabah.
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui pembayaran kepada syarikat perunding untuk pelaksanaan kajian projek terowong dasar laut berjumlah RM305 juta terlalu tingggi serta merugikan sekiranya projek itu gagal dilaksanakan.
ADUN Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin, berkata isu pembayaran kos kajian kebolehlaksanaan projek mega yang dibuat dalam bentuk pampasan tanah berkenaan, sebelum ini pernah dibangkitkan olehnya serta beberapa wakil rakyat lain, termasuk daripada DAP dalam beberapa sidang DUN lalu.
Norlela berkata, perkara itu juga pernah dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Pulau Pinang bertujuan menuntut penjelasan lebih terperinci daripada kerajaan negeri.
Baca seterusnya disini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/374028/adun-akui-kos-kajian-tidak-munasabah
syabas, berani kerana bebnar
Payah nk cari pembangkang yg profesional mcm ni, terbuka utk semua…membela yg benar.
Tak perlu pembangkang tadbir negara. Bn dah cukup
Pembangkang perlu bro, utk menyedarkan pemerintah, tp pembangkang di malaysia ni x membawa faedah lansung, hanya nk kuasa dan harta utk family mereka saja…semua dah nmpk tp macai2 ph jer buta mata dan hati.
Pembangkang cukup sekadar jadi pembangkang. Tak perlu jadi pemerintah
terbaik..
Keadilan dalam PKR dan DAP.
ini lah pemimpin yg rakyat mahu berani kerana benar tapi sayang seribu kali sayang dia ada pemimpin pkang.yg bercakap hanya untuk memancing undi di kawasan nya agar ia tidak tersungkur pda pru ke 14 biar pktn tersungkur tapi aku menang tempat aku,jadi dia masih adun ha ha ha tu lah tektik
Terbaik…berani pecat?