Kes Terowong Pulau Pinang: Tiada sesen pun dibayar tetapi syarikat SPV buat keuntungan - pakdin.my

Ketua Menteri mengatakan bahawa “tidak satu sen telah dibayar” dan bahawa laporan RM305 juta itu tidak melebihi harga sepatutnya.

Jadi, bagaimanakah SPV Terowong Pulau Pinang membuat keuntungan seperti ini dalam masa 1 1/2 tahun menandatangani kontrak pembinaan terowong dengan Kerajaan Pulau Pinang?

Tokong guna silapmata? Atau mereka menyerahkan pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ?

Ada kemungkinan berlaku sogokan?

__________

1. SPV Terowong Pulau Pinang, Konsortium Zenith Sdn Bhd telah diperbadankan sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) sahaja KHAS untuk melaksanakan projek terowong bernilai RM6.34b.

2. Ia tidak mempunyai perniagaan lain selain melaksanakan kontrak yang ditandatangani pada November 2013 dengan Kerajaan Pulau Pinang untuk projek Terowong.

3. Sebagai sebahagian daripada projek itu, SPV juga dianugerahkan untuk membuat laporan bernilai RM305 juta, yang didakwa oleh ramai pihak yang berpengalaman didalam bidang tersebut sebagai terlalu mahal manakala Kerajaan Pulau Pinang menafikan ia terlalu mahal.

4. Dalam masa 1 1/2 tahun selepas menandatangani kontrak, syarikat itu memperoleh keuntungan sebanyak RM61 juta daripada pendapatan jualan RM51 juta dalam hanya satu tahun kewangan dengan melaporkan kerja untuk laporan telah siap dan menjual tanah yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebagai pembayaran.

5. Selain dari membayar harga terlalu tinggi untuk laporan, Kerajaan Pulau Pinang juga telah bermurah hati membantu meningkatkan nilai tanah negeri yang diberikan sebagai bayaran.

6. Nilai pegangan bebas tanah tepi laut diberikan sebagai pembayaran juga ketara meningkatkan nilai kerana Kerajaan Pulau Pinang telah meluskannya dalam 8 hari penyerahan permohonan, arahan kelulusan pembangunan dengan ketara dinaik taraf dengan kepadatan pembangunan kepada 155 unit seekar – jauh melebihi 30 unit seekar yang dibenarkan sebelumnya.

7. Persoalannya sekarang ialah jika laporan RM305 juta itu tidak terlalu mahal (dan tidak satu sen dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang) maka bagaimanakah SPV yang satu-satunya tugasnya untuk melaksanakan projek terowong dan 3 projek jalan raya membuat keuntungan besar seperti ini – seperti yang ditunjukkan dalam penyata kewangan rasmi mereka yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

Eric See-To.


Rujukan:

https://pakdin.my/tag/trowong/

https://pakdin.my/kes-terowong-pulau-pinang-mana-orang-nak-mengaku-berak-tengah-jalan/

https://pakdin.my/terowong-pulau-pinang-mungkin-konsesi-tol-terhebat-di-dunia/

https://pakdin.my/kes-terowong-pulau-pinang-sprm-teliti-unsur-rasuah-dalam-pemberian-kerja-kajian-reka-bentuk-dan-kebolehlaksanaan/

https://pakdin.my/kes-terowong-pulau-pinang-laporan-tidak-siap-yuran-perundingan-dengan-harga-melampau-telah-dibayar/

UTAMABERITAKes Terowong Pulau Pinang: Tiada sesen pun dibayar tetapi syarikat SPV buat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium