Kes tumbuk timbalan menteri diharap selesai dalam parti – Nadzari - pakdin.my

Mat-Nadzari-Ahmad-Dahlan-Ketua-UMNO-Hulu-Selangor
Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor

Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan mahu insiden seorang pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan diselesaikan secara berhemah dalam saluran parti.

Bagaimanapun Mat Nadzari ketika dihubungi bnbbc.my pada Isnin berkata, beliau belum mendapat maklumat sebenar bagaimana kejadian itu berlaku dan puncanya.

“Saya akan berjumpa dengan kedua-dua pihak untuk mendapat gambaran jelas berhubung insiden itu sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

“Saya harap ianya boleh diselesaikan melalui penyelesaian dalaman parti,” kata beliau yang mahu pertemuan dengan kedua-dua pihak diadakan dalam waktu terdekat.

Mat Nadzari bagaimanapun tidak menyatakan secara terus terang sama ada beliau bermaksud mengharapkan Kamalanathan menarik balik laporan polis apabila menyebut “penyelesaian dalam parti”.

Dalam kejadian petang Ahad itu, Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Mohd Aedi Redzuan Suhaimi dilaporkan telah menggenggam tangan Kamalanathan dengan kuat ketika bersalam dengan Kamalanathan sebelum melepaskan tumbukan yang mengenai leher Ahli Parlimen Hulu Selangor itu.

Kejadian berlaku ketika Kamalanathan dijadualkan berjumpa dengan barisan pimpinan Pemuda UMNO bahagian tersebut.

Difahamkan tindakan Aedi Redzuan itu berpunca daripada salah faham kononnya Kamalanathan pada pagi Ahad telah memberi layanan buruk dan menghalau bapanya Suhaimi Sari ketika Suhaimi bertemu timbalan menteri itu untuk memohon supaya menantu beliau yang bertugas sebagai guru di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

Akibat kekecohanitu, perjumpaan berkenaan dibatalkan dan Kamalanathan dibawa keluar untuk membuat laporan di Balai Polis Bukit Beruntung.

Sementara itu Kamalanathan pada Isnin mengesahkan beliau telah membuat laporan polis pada Ahad berkaitan insiden berkenaan.

“Saya telah memberi kenyataan kepada polis dan saya sedia memberikan kerjasama dengan mereka dalam siasatan itu. Saya enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini kerana ia mungkin menganggu siasatan polis,” kata beliau.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kes itu disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang mencari suspek.

Kamalanathan cedera ditumbuk – Salah siapa?

– Monday: 2014-01-13 12:28:32′.

 

kamala-korban

Saya tidak berhajat menidakkan undang-undang didalam kes Ahli Parlimen Hulu selangor ini.

Didalam masa yang sama tindakan provokasi dari Kamalanthan sendiri telah menyebabkan berlaku kepada kejadian yang tidak diingini.

Sentimen terhadap beliau atas layanan terhadap pengundi telah lama diperkatakan oleh masyarakat setempat tanpa mengiria keturunan dan agama. Apabila ditegur beliau dan pegawai-pegawai beliau akan menidakkannya dengan gaya ego meeka. (rujuk kepada reaksi ketua cawangan di media sosial)

Sentimen kebencian terhadap ahli parlimen telah lama wujud semenjak peristiwa SK Pristana (lihat sini) dan peristiwa beliau menyokong sikap biadap Saravanan terhadap majlis Qurban di SK Puchong Jaya (lihat sini)

Provokasi beliau mungkin telah ditutup begitu sahaja atas sifat kerjasama antara parti bagi menjaga nama baik Barisan Nasional itupun dilkalangan kepimpinan parti tetapi tidak kepada orang ramai yang sudah berkali-kali rasa terhina dengan sikap dan perbuatan beliau.

Maka kejadian seumpama ini memang sudah dijangka kerana provokasi dari beliau sendiri.

Macam api dalam sekam“!

Sokong lah siapa sahaja selagi mereka tidak mengganggu ibadah kita.  Kalau ibadah kita diganggu dan dipertikai selain dari mempermainkan agama kita mereka juga melanggar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. 

WAJIB kita tolak.. Fikir-fikir kan lah.

UTAMAPOLITIKKes tumbuk timbalan menteri diharap selesai dalam parti - Nadzari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium