Kesalahan seksual tidak boleh mendapat parol – Penjara Malaysia - pakdin.my

Benarkah Anwar Ibrahim bakal diparol dan dilepaskan pada June 11, 2018 – ataupun 1 1/2 tahun lebih awal berbanding penjara 5 tahun yang dijatuhkan ke atas beliau?

Maksudnya, Anwar duduk di dalam sehingga 7 Mar 2020.

*********
Kesalahan seksual tidak boleh mendapat parol – Penjara Malaysia

Banduan yang disabit atas kesalahan seksual tidak dibenarkan mendapat parol sewaktu dalam tempoh pemenjaraan.

Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata demikian setelah terdapat dakwaan bahawa pihak penjara Malaysia bersikap berat sebelah dan pilih kasih.

“Kita lihat isu parol ini cuba dipolitikkan dan kita memang tidak pernah pilih kasih atau berat sebelah terhadap mana-mana banduan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Merujuk kepada kes bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana pihak Penjara Malaysia tidak dapat mempertimbangkan berbuat demikian kerana kesalahan seksual memang tidak dibenarkan untuk mendapat parol.

“Ia jauh berbeza dengan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang dibenarkan mendapat parol kerana ia mengikut ketetapan Akta Penjara,” tambahnya.

Bagi menjelaskan lagi keadaan, beliau menyenarai kesalahan-kesalahan yang ‘tidak boleh’ mendapat parol daripada penjara Malaysia.

“Antara kesalahan yang tidak boleh mendapat parol adalah seperti, banduan yang dijatuhkan hukuman mati, banduan ditahan di bawah perkenan Yang DiPertuan Agong atau Sultan atau Yang DiPertua Negeri, banduan hukuman seumur hayat, banduan kesalahan seksual, banduan reman, banduan yang terlibat dengan keganasan dan terlibat dengan aktiviti tebusan.

“Mengikut Akta Penjara 1995 berhubung Parol, tidak semua banduan dari segi kesalahan dan hukuman layak dipertimbangkan pelepasan secara perintah parol oleh Lembaga Parol,” katanya.

Abdul Aziz juga menjelaskan banduan yang boleh menerima parol adalah banduan yang telah menjalankan tempoh hukuman satu tahun atau ke atas dan telah menjalani separuh daripada jumlah hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

“Ini termasuk banduan yang telah menjalani program pemulihan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral Penjara Malaysai serta berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman,” jelasnya.

Oleh itu beliau meminta pihak di luar supaya tidak buat andaian bahawa pihak penjara berat sebelah atau pilih kasih kerana ia tertakluk kepada jenis kesalahan atau tempoh hukuman.

“Sesungguhnya pertimbangan yang telah dibuat oleh Lembaga Parol adalah secara adil dan saksama serta berasaskan peruntukan undang-undang,” katanya.

Sementara itu menurut statistik, sejak sistem parol dilaksanakan pada Julai 2008, seramai 13,160 banduan telah dibenarkan menjalani baki hukuman di luar penjara.

“Manakala jumlah semasa adalah seramai 625,” katanya.

UTAMABERITAKesalahan seksual tidak boleh mendapat parol – Penjara Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium