32.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Kesatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain, Kata @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesungguhan Umno untuk memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu bukan bererti parti itu rasis dan menentang kaum lain di negara ini.

Menepis dakwaan Umno sebagai parti rasis untuk kesekian kalinya, Presiden Umno itu menegaskan, parti itu sentiasa berpegang bahawa kekuatan negara harus berpaksi kepada kerjasama antara kaum.

“Perpaduan Melayu bukan bererti kita menentang kaum lain… kita mesti bawa kaum lain bersama kita. Semangat ini kita dah bawa sejak dulu lagi dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak… kenapa kita hendak ketepikan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin pengasas kita.

“Kalau kita tidak mahu kerjasama kaum lain Tunku (Abdul Rahman) tidak akan buat (parti) Perikatan, Tun (Abdul) Razak tidak akan buat BN, tetapi mereka buat sebab kita tahu kekuatan negara kita mesti berpaksi kepada kerjasama antara kaum. Itu kita mesti pegang,” katanya.

Dalam wawancara khas dengan pengarang berita Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, Najib berkata tuduhan rasis adalah dakyah pembangkang untuk menjatuhkan Umno, namun langkah perlu diambil untuk memperbetulkan persepsi tersebut.

“Itu dia tuduh. Kita tidak rasis dari dulu lagi, cuma ada beberapa tindakan yang boleh timbulkan persepsi sedemikian dan patut kita betulkan dan kita akan lakukan,” katanya.

Najib berkata dalam konteks keadilan beliau berpegang teguh kepada prinsip Islam yang menuntut seorang pemimpin untuk sentiasa berlaku adil kepada semua pihak.

“Saya berpegang kepada prinsip Islam. Tuhan kata kita mesti berlaku adil sebagai pemimpin dan Tuhan tidak kata kepada orang Islam sahaja. Sebab itulah kita tidak boleh bolot semua kerana orang lain pun menyumbang kepada negara.


“Orang India dengan estetnya, dengan jalan raya yang dibina, orang Cina dengan keusahawanannya, sumbangan dalam bidang perniagaan untuk negara kita dan mereka juga membayar cukai.

“Asalkan kita faham perkara ini. Apa yang kita hendak tolong orang Melayu kita tolong, apa yang kita hendak tolong orang Cina dan India kita tolong secara adil dan saksama,” katanya.

Penting juga, kata Najib untuk memastikan masyarakat bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak serta kaum orang Asli tidak terpinggir kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat keadilan di negara ini.

Mengenai agenda bumiputera, Najib berkata ia perlu diteruskan bagi menjamin penduduk majoriti negara ini tidak terpinggir daripada pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara.

“Kalau negara kita ini membangun dan berjaya hatta menjadi negara maju tetapi penduduk majoriti terpinggir tentu ini tidak menyumbang kepada kesejahteran dan kestabilan negara kita juga,” katanya.

Perdana Menteri berkata konsep Gagasan 1Malaysia diilhamkan bagi memastikan rakyat lebih faham bahawa Malaysia merupakan negara di mana semua kaum mendapat manfaat daripada kepimpinan negara.

Berita Berkaitan

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan