Kesedaran secara tiba-tiba Mahathir - pakdin.my

20160926-mahathir-nyanyuk

PakaTun cuba untuk menipu penyokong mereka dan meminta orang ramai untuk memberi Mahathir peluang menjelaskan sebab tindakan “menjilat balik ludah” adalah kerana dia telah bertaubat dan mahu berbuat baik dalam usia tuanya, kerana cinta kepada negara.

DAP juga menggunakan alasan ini untuk menjustifikasikan kepada penyokong mereka mengapa DAP perlu bekerjasama dengan “bapa kepada semua kejahatan”, penaung pertubuhan “perkauman” PERKASA dan presidennya Ibrahim Ali – musuh yang mereka sumpah menjelang PRU13 kerana Ibrahim Ali mahu “membakar Bible” dan memanggil mereka “pendatang”.

Kini mereka berkawan dan berjabat tangan.

Sebenarnya tindakan ini adalah kerana “gilakan kuasa” dan atas sebab mementingkan diri sendiri.

Bolehkah PakaTun menjelaskan mengapa Mahathir memfitnah Pak Lah dan keluarga dengan segala macam rasuah selama bertahun-tahun dan apabila Pak Lah meletak jawatan, tiada apa yang dapat dibuktikan segala fitnah terhadap Pak Lah atau keluarga dan Mahathir telah berhenti bercakap tentang mereka dan “tuduhan rasuah” terhadap mereka?

Tuduhan dan fitnah rasuah bukan sahaja tidak dibuktikan malahan Mahathir tiba-tiba senyap tidak menyebut perkara itu sebaik sahaja Pak Lah meletakkan jawatan?

Boleh ke mereka menjelaskan mengapa secara tiba-tiba senyap selepas bertahun dakwaan dan fitnah dilempar oleh Mahathir?

Mahathir melakukannya untuk kebaikan negara ini?

Boboi pun akan ketawa guling-guling.

Tidak semua rakyat Malaysia yang bodoh macam Protun.

UTAMAPOLITIKKesedaran secara tiba-tiba Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium