Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Keselamatan siber, kebanjiran pendatang antara 66 cabaran baharu dalam keselamatan negara

Kebanjiran pendatang asing, isu pelarian dan keselamatan siber dikenal pasti oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai antara 66 isu yang menjadi cabaran baharu dalam keselamatan negara.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara MKN Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiga isu berkenaan merupakan antara isu melibatkan ekonomi, sosial dan politik yang bakal ditangani melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Menurutnya, keselamatan siber dilihat sebagai isu yang bakal mendominasi ruang lingkup keselamatan di saat negara menuju ke arah revolusi industri 4.0 (IR4.0).

“Keselamatan siber yang kukuh amat penting berikutan IR4.0 bergantung sepenuhnya kepada teknologi digital dan sebarang isu melibatkan keselamatannya bakal memberi kesan terhadap kerajaan, ekonomi, sosial dan masyarakat, buktinya kita dapat lihat peningkatan kes penipuan dalam talian sejak kebelakangan ini.

“Kebanjiran maklumat yang belum ditentukan kesahihannya juga boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara kerana ia berpotensi digunakan untuk menimbulkan persepsi salah terhadap sesuatu isu,” katanya dalam sesi taklimat khas media secara maya hari ini sempena sambutan Ulang Tahun MKN ke-50.

Beliau berkata pada masa sekarang, orang ramai boleh menulis di laman-laman sosial berdasarkan maklumat tidak sahih yang didapati melalui internet, tulisan-tulisan ini berpotensi memecah-belahkan rakyat dan menggugat perpaduan seterusnya mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Rodzi berkata kebanjiran pendatang asing dan pelarian Rohingya juga dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan negara dan kerajaan sedang berusaha mengatasi masalah berkenaan.

“Kebanjiran mereka ini (pendatang dan pelarian) telah menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk tempatan kerana dikhuatiri bakal mengambil hak rakyat.

“Lebih merisaukan mereka kini dilihat telah menguasai perniagaan-perniagaan tertentu. Bagaimanapun, kerajaan mula mengambil langkah tegas dengan menjalankan Ops Benteng dan kawalan sempadan yang lebih ketat dan usaha berkenaan kini telah mendatangkan hasil,” katanya.

Beliau berkata, Dasar Keselamatan Negara ialah dasar yang inklusif merangkumi setiap peringkat pentadbiran dan aspek kehidupan rakyat.

“Objektif dasar ini adalah untuk memastikan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, Rodzi berkata MKN sedang menggubal Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) untuk dijadikan kayu pengukur bagi menilai secara telus dan menyeluruh tahap keselamatan negara.

“Indeks berkenaan kini dalam peringkat libat urus bersama agensi-agensi kerajaan dan lain-lain pihak berkepentingan. IKK ini akan meliputi seluruh aspek yang mempengaruhi keselamatan negara seperti ekonomi, sosial dan politik,” katanya.

— BERNAMA

Berkaitan