30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 13, 2021

Kesilapan teknikal punca sembilan lemas

SEBUYAU – Kesilapan teknikal menjadi faktor utama kepada tragedi Feri Triso semalam yang mengorbankan sembilan nyawa.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing berkata, insiden tersebut berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa sedang berundur dari tanjakan feri terbabit.

“Sebenarnya kenderaan tersebut telah terjatuh dari tanjakan, bukannya dari atas feri maka ia bukanlah kesalahan operator.

“Semasa kejadian, feri yang hendak dinaiki sudahpun bergerak menyeberangi sungai sejauh 60 meter dari tanjakan.

“Apapun kita serahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke lokasi kejadian hari ini.

Susulan itu, Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menambah kemungkinan besar kerajaan negeri akan melaksanakan semula garis panduan untuk perkhidmatan feri dengan lebih ketat.

“Kita juga akan membina penghadang untuk menambahbaik keselamatan di pangkalan feri,” katanya lagi.

Beliau mengulas lanjut mengenai insiden yang meragut nyawa sembilan orang mangsa termasuk bayi berusia empat bulan apabila kenderaan yang dinaiki mereka jatuh ke sungai Batang Lupar di Jalan Beladin Triso di sini.


Berita sebelum:
https://pakdin.my/video-sembilan-lemas-kenderaan-jatuh-dari-feri/

https://pakdin.my/tragedi-triso-kerajaan-ph-batal-bina-jambatan-batang-lupar/

[KEMASKINI] Senarai mangsa terkorban tragedi pikap jatuh feri

Senarai sembilan mangsa yang terkorban selepas kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki mereka terjatuh dari sebuah feri di Jalan Beladin Triso di sini, hari ini.

Siti Aisha Abdullah, 36 tahun
Mohd. Ahmad Mohd. Hamdan, 4 bulan
3. Muhd. Mustaqim Mohd. Hamdan, 5 tahun
Mohd. Aiman Mohd. Hamdan, 7 tahun
Ronany Ting, 33 tahun (Pemandu)
Wallace Phang, 7 tahun
Alvin Phang, 12 tahun
Khairunnisa Mohammad, 14 tahun
Nor Shuhada Mohamad, 16 tahun
Difahamkan siasatan berhubung tragedi itu masih giat dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.