25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 26, 2021

Ketiadaan Bekalan Air Ke 77 Sekolah Di Kelantan Contoh Kegagalan Kerajaan Pas

KOTA BAHARU — Kenyataan bahawa 77 sekolah di Kelantan tidak mendapat bekalan air yang diuruskan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan soal keperluan asas, kata setiausaha politik kepada perdana menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Beliau berkata keadaan itu merupakan antara contoh mengenai tahap kemampuan PAS mentadbir negeri Kelantan.

“Ini gagal namanya, jika sudah membabitkan pelajar sekolah yang terpaksa menerima beban,” katanya kepada pemberita pada majlis Konvokesyen Politeknik Kota Baharu di sini Rabu.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, yang membuat kenyataan mengenai ketiadaan bekalan air ke sekolah-sekolah itu di Dewan Rakyat pada Isnin lepas, berkata daripada bilangan itu, 39 sekolah berada dalam kedudukan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan sewajarnya.

Mohd Fatmi, yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu, berkata sokongan rakyat termasuk kaum Cina terhadap Barisan Nasional di kawasan Parlimen Kota Baharu semakin meningkat.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.