25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Ketidakpuasan hati ahli bukti Pas ‘terompah’ DAP

 

KUALA LUMPUR 19 Jun – Pengakuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai ketidakpuasan hati ahlinya dengan tindakan parti menukar istilah perjuangan ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ jelas membuktikan pemimpin dan parti itu sebagai ‘terompah’ DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pengakuan itu juga membuktikan kepimpinan Pas lebih takut dan berusaha menjaga hati DAP sebagai sekutu pembangkangnya daripada mengambil kira pandangan ahli-ahli parti sendiri.

“Jadi, Nik Abdul Aziz serta kepimpinan Pas memang jelas lebih takut kepada DAP kerana penukaran konsep perjuangan kepada ‘Negara Berkebajikan’ hanya diumumkan pada muktamar parti itu, baru-baru ini.

“Sepatutnya, penukaran konsep itu dilakukan lebih awal melalui referendum atau forum yang diperdebatkan ahli-ahli Pas untuk dipersetujui, tetapi tiba-tiba sahaja diumumkan pada muktamar. Ini satu jenaka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mohd. Puad membalas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang menyifatkan pemimpin UMNO itu sebagai ‘Ah Chong’ dan ‘terompah’ MCA kerana mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu, ekoran perubahan konsep perjuangan Pas.

Pada satu majlis di Kota Bharu kelmarin, Nik Abdul Aziz turut mengakui terdapat segelintir ahli Pas sendiri yang tidak berpuas hati dengan perubahan slogan perjuangan kepada ‘Negara Berkebajikan’ oleh parti itu.


Lebih mengejutkan, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengakui pengguguran nama Islam dalam slogan itu kerana terdapat kaum Cina, India dan ahli UMNO yang takut dengan perkataan Islam dalam perjuangan Pas sebelum ini.

Mohd. Puad menambah, beliau kali ini enggan mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam dalam parti, sebaliknya merayu parti itu melaksanakannya segera kerana ia semakin mengelirukan masyarakat termasuk yang beragama Islam.

“Kenyataan Nik Abdul Aziz adalah pelik dan mengelirukan dan ia jelas membuktikan Pas semakin terdedah kepada kelemahan serta kesilapan. Jadi atas prinsip moral, mereka tidak patut memperjudikan perkataan Islam yang suci itu. Cukuplah,” katanya.

Sementara itu, pada satu majlis di Batu Pahat semalam, Mohd. Puad turut menyifatkan pertukaran istilah perjuangan Pas itu terjadi kerana wujud perjanjian di antara Pas dan DAP yang didalangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan politik pihak pembangkang.

 

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...