1MDB: Ketua Audit Negara nafi tidak diberi kerjasama

ambrin-buang-ketua-audit-negara

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan pernah mengeluarkan kenya­taan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak memberi kerjasama kepada Jabatan Audit Negara dalam proses pengauditan akaun syarikat pelaburan strategik itu.

Katanya, dakwaan sebuah poster yang menjadi viral di laman sosial kononnya siasatan terhadap 1MDB akan mengambil masa lama berikutan keengganan syarikat berkenaan menyerahkan dokumen adalah tidak benar.

“Saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya melalui aplikasi WhatsApp seperti dilapor­kan portal www.mykmu.net hari ini.

Ambrin berkata demikian ketika mengulas penyebaran poster tersebut yang memetik kenyataan beliau kononnya Jabatan Audit negara masih belum menerima apa-apa dokumen daripada 1MDB.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan melalui Twitter beliau semalam turut menafikan dakwaan poster berkenaan dan menegaskan 1MDB telah memberi kerjasama penuh terhadap proses audit yang sedang dilakukan.

“Poster disebar sehari dua ini dalam media sosial. Ia tidak benar. Pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB sudah beri kerjasama penuh kepada Ketua Audit Negara,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini