Ketua Audit Negara Selar Laporan Buruk The Edge

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang

- Advertisement -

Ketua Audit Negara (AG) Tan Sri Ambrin Buang menyanggah laporan The Edge yang disifatkan sebagai berniat buruk kerana menggambarkan beliau sebagai tidak berpuas hati dengan prestasi pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap lidah pengarang akhbar itu, Ambrin berkata laporan itu tidak tepat sama sekali kerana, dalam Laporan Audit Negara 2013 yang dibentangkan semalam, beliau sebenarnya memuji KWSP kerana kaedah yang menguntungkan yang dilaksanakannya dalam mengurus pelaburan hartanah di luar negara.

“Daripada laporan The Edge, nampaknya saya seolah-olah tidak berpuas hati dengan kelemahan pelaburan KWSP di luar negara dan oleh itu KWSP akan dipanggil oleh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) untuk menjelaskan tentang pelaburannya.

“Saya benar-benar tidak bersetuju dengan laporan oleh wartawan The Edge kerana saya tidak pernah sekalipun dalam pertemuan atau perbincangan dengan anggota PAC menyebut ketidakpuasan saya mengenai pelaburan KWSP,” katanya dalam surat kepada The Edge.

Ambrin selanjutnya berkata laporan itu jelas sekali tidak tepat dan tidak sewajarnya melaporkan kononnya timbul kebimbangan berhubung pelaburan KWSP di luar negara.

Semalam, The Edge dalam laporan bertajuk AG Raises Alarm Over EPF’s Overseas Investment (AG Bangkitkan Kebimbangan berhubung Pelaburan KWSP Luar Negara) mendakwa Ambrin telah meminta bantuan PAC untuk menyiasat peningkatan pelaburan hartanah KWSP di luar negara.

Laporan itu juga memetik Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai berkata AG telah menyuarakan kebimbangan kepada jawatankuasa itu bahawa KWSP telah menambah RM6.46 bilion dalam pelaburan tertentu tahun lepas.

“AG mahu tahu untuk apakah pelaburan itu dan bagaimana ia diperoleh dan sama ada ia berisiko atau tidak dan sama ada kita boleh dapatkan kembali wang kita,” kata Nur Jazlan seperti yang dilaporkan dalam harian kewangan itu.

Bagaimanapun, Ambrin berkata beliau telah dengan jelas menyatakan dalam laporannya bahawa pendapatan kasar KWSP dalam pelaburan hartanah telah meningkat 91 peratus kepada RM1.14 bilion pada 2013 berbanding RM596 juta pada tahun sebelumnya.

“Untuk pengetahuan anda, prestasi baik KWSP ini sebenarnya telah disiarkan oleh banyak akhbar seperti The Star, Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysian Insider (portal berita) dan banyak lagi.

“Seperti yang kita tahu, KWSP adalah sebuah daripada agensi kerajaan yang mana kepentingan awam adalah menjadi keutamaan dan keyakinan orang ramai tidak harus terhakis dengan laporan berniat buruk oleh The Edge,” katanya dalam surat itu.

Beliau mendesak akhbar itu membuat pembetulan mengenai laporan awalnya itu.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.