Ketua Cawangan DAP Minta Penjelasan ‘Perwakilan Haram’ @dapmalaysia - pakdin.my

lim_guan_eng_dap_racist_rasis_nazi_hitler_penang

Ketua Cawangan DAP Bagan Luar di Pulau Pinang, G. Asoghan meminta DAP menjelaskan sama ada seramai 547 orang mengambil bahagian sebagai “perwakilan haram” dalam Kongres Kebangsaan Parti, Disember tahun lalu.

Asoghan mendakwa mereka dibenarkan hadir dan mengundi dalam pemilihan parti bagi memastikan “Dinasti Lim” yang dikuasai bapa dan anak terus kekal di pucuk pimpinan.

G.ASOGHAN / KETUA CAWANGAN DAP BAGAN LUAR

“Kenapa Lim Guang Eng dan Anthony Loke yang gelarkan diri mereka sebagai juara demokrasi tidak langsung menghormati undang-undang dan justeru itu betulkah 1,300 perwakilan dan bukannya 753 yang tidak dijemput dan diberi notis hadir ke kongres dan mengundi dalam pemilihan CEC”.

Beliau mendakwa 547 perwakilan haram dibenarkan hadir bagi menggantikan mereka yang berhak hadir sebagai perwakilan parti.

Beliau mencabar Setiausaha Agung parti – Lim Guan Eng mengeluarkan senarai rasmi penuh ahli yang berhak mengambil bahagian dalam kongres parti sebagai perwakilan jika dakwaan itu tidak berasas.

Katanya, Guan Eng bertanggungjawab memberi penjelasan kerana ia disuarakan ahli DAP sendiri dan bukannya orang luar.

Asoghan urut menggesa pendaftar pertubuhan, ROS segera menyiapkan siasatan terhadap DAP dan membuat keputusan.

Ketika ini, ROS menyiasat DAP susulan aduan ahlinya yang mendakwa ada yang tidak dijemput sebagai perwakilan dan juga berlaku manipulasi dalam proses mengundi dan mengira undi dalam pemilihan parti.

 

 

UTAMAPOLITIKKetua Cawangan DAP Minta Penjelasan 'Perwakilan Haram' @dapmalaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium