Ketua Hakim Negara Richard Malanjum bersara - pakdin.my

Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum bersara hari ini selepas berkhidmat selama 27 tahun dalam badan kehakiman.
Malanjum, anak kelahiran Sabah pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman itu, berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara selama sembilan bulan, dan 12 tahun selaku Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Beliau mencapai umur persaraan wajib pada usia 66 tahun, Oktober tahun lepas, dan dilanjutkan selama enam bulan berakhir hari ini.

“Kepada semua rakan hakim saya, berikan yang terbaik dan jangan mengharapkan apa-apa,” dalam kata perpisahannya.

Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara kesembilan pada 11 Julai tahun lepas, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada bulan yang sama.

Pegawai khasnya, Mohd Aizuddin Zolkeply berkata, Malanjum telah mengambil cuti awal minggu ini dan kini berada di luar negara.

Malanjum menyertai perkhidmatan kehakiman pada 1992 sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Beliau pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya Hakim Mahkamah Persekutuan.

UTAMABERITAKetua Hakim Negara Richard Malanjum bersara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium