30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Ketua MIC Cawangan Pangkor Rebah Dan Meninggal Selepas Berucap

ketua-mic-rebah-lepas-berucap

Ketua MIC Cawangan Pangkor P.Nagapan tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di depan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali sedang berlangsung di Pulau Pangkor sebentar tadi.

Nagapan, 68, tiba-tiba lemah dan terkulai sejurus kembali ke tempat duduknya setelah selesai memberi ucapan alu-aluan di majlis itu.

Menyedari keadaan itu, Dr Zambry yang duduk disebelahnya sempat memegang beliau sebelum mengarahkan Nagapan dikejarkan ke hospital berdekatan.

?Beliau bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian di Hospital Desa Pangkor lebih kurang jam 1 tengah hari.

Nagapan yang telah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan MIC selama 19 tahun dipercayai diserang sakit jantung.

Dr Zambry ketika ditemui dihospital melahirkan rasa sedih beliau di atas pemergian mengejut Nagapan apatah lagi berlaku di depan matanya sendiri.

“Ianya berlaku dalam sekelip mata. Dia berucap…habis dia terus duduk dan bertanya bagaimana ucapan saya…saya balas bagus. Saya kemudiannya bertanya soalan tapi dia tak jawab…saya menoleh kepada dan lihat mukanya tunduk ke bawah, tangan dia mengeletar, kakinya lemah dan dia terus jatuh,” katanya.

Beliau menyifatkan Nagapam seorang pemimpin masyarakat yang telah banyak menabur jasa kepada penduduk tempatan.

“Dia anak Pangkor, sangat rajin dan amat dikenali ramai kerana sifatnya yang sering membantu orang lain. Kepada kami penduduk Pangkor, dia adalah Ketua Kampung bagi masyarakat India di sini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Pangkor kehilangan seorang ‘duta pelancong’ dengan pemergian Nagayapan.

“Dia juga bawa teksi dan semua orang tahu sifat dia yang suka bercerita mengenai kebaikan Pangkor kepada setiap orang luar yang ditemuinya,” kata Menteri Besar yang telah mengenali Nagapam sejak di zaman remajanya lagi.

Sementara itu, sebelum rebah, Nagapam dalam ucapan awam terakhirnya di hadapan masyarakat India telah berpesan supaya terus meletakkan kepercayaan dan sokongan mereka kepada Dr Zambry.

Menurut mediang sokongan itu perlu kerana Dr Zambry anak Pangkor yang berjaya menjadi Menteri Besar.

“Saya percaya selepas ini walau dalam seribu tahun akan datang tak akan ada lagi seorang Menteri Besar anak Pangkor,” kata mendiang Nagapan yang lebih dikenali dengan nama MGR di kalangan penduduk tempatan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.