29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Ketua Pembangkang: BN Selangor Tak Minat, Anggap Tak Penting

Datuk Shamsudin Lias

Kontroversi terbaharu melibatkan Barisan Nasional (BN) Selangor dijangka tercetus apabila parti itu berkemungkinan tidak akan menamakan mana-mana wakil rakyatnya mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menyifatkan jawatan itu sebagai tidak penting, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias membayangkan BN dan Umno tidak berminat untuk mengisi kedudukan tersebut.
“Mungkin BN tak akan isi jawatan ketua pembangkang, tak salah jika jawatan itu dibiarkan kosong. Ia tak jejaskan perjalanan DUN Selangor.
“Malah di DUN Melaka juga tidak ada ketua pembangkang, jadi tak salah (jika Selangor tidak ada ketua pembangkang)” katanya kepada mStar Online pada Isnin.
Pada 8 Disember lalu, Shamsuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong melepaskan jawatan ketua pembangkang berkuatkuasa serta merta.
Ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor sebagaimana menurut peraturan tetap DUN Selangor yang baharu dipinda.
Mengulas lanjut mengenai isu itu, Shamsuddin bagaimanapun berkata, keputusan mengenai kekosongan jawatan masih belum dimuktamadkan.
Menurutnya, sehingga kini Umno Selangor masih belum mengadakan perbincangan khusus berhubung perkara itu.
“Kita belum bincang secara khusus dengan Pengerusi Perhubungan Negeri (Datuk Seri Noh Omar). Kita akan maklumkan bila tiba masanya,” katanya.
Persidangan DUN Selangor bagi penggal 2015 dijangka bermula pada awal Mac ini.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...