Ketua Pembangkang tidak bantu rakyat, buang masa perbahasan - pakdin.my

dewan-rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditempelak kerana menghabiskan masa 90 minit perbahasan Bajet 2016 dengan sekadar mengkritik perancangan kerajaan tanpa langsung membicarakan perancangan pembangkang bagaimana memakmurkan Malaysia.

“Wan Azizah sepatutnya memberi kita sekilas rancangan ekonomi beliau untuk Malaysia dalam ucapan bajet beliau. Dia tidak perlu menghabiskan seluruh ucapannya untuk mengkritik, ” kata Pengarah Komunikasi strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi tweetnya, Isnin.

Menurut Abdul Rahman, Wan Azizah dalam perbahasannya menjelaskan keadaan ekonomi dunia yang malap dan mencadangkan dasar kitaran balas namun tidak menghurainya.

“Budget mempunyai dana yang terhad. Apa yang Wan Azizah perlu lakukan dalam perbahasan bajet beliau ialah memberitahu kami mengenai program mana yang beliau  rancang untuk dipotong bagi membiayai program yang dicadang beliau.

“Dengan berbuat demikian, Wan Azizah boleh telus kepada rakyat Malaysia. Di negara-negara lain pembangkang mencadangkan pemotongan dan melencongkan dana untuk program mereka, “katanya.

Adalah penting katanya, untuk mengetahui program mana yang Wan Azizah mahu kurangkan pembiayaannya.

“Selepas itu biarkan rakyat Malaysia putuskan samada mereka akan menerima pemotongan itu,” katanya.

wawi dewan

Selain itu, Abdul Rahman juga membidas Wan Azizah yang bertanya sehingga bila bajet kerajaan BN tidak akan berada dalam keadaan defisit.

“Untuk maklumat beliau, bajet alternatif pakatan beliau juga adalah defisit,” kata Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar itu merujuk butiran Bajet Pakatan Harapan.

Dalam masa sama Wan Azizah bagaimanapun katanya, membidas kerajaan kerana tidak menghabiskan lebih banyak program-program untuk rakyat.

Beliau juga turut membidas tuduhan pembangkang bahawa kabinet bersifat perkauman sebaliknya mencabar gabungan itu membuktikan dakwaan itu.

“Ceramah murah. Tunjukkan kepada kita mana satu dasar kerajaan yang bersifat perkauman dan bertentangan dengan perlembagaan, ” katanya.

UTAMAPOLITIKKetua Pembangkang tidak bantu rakyat, buang masa perbahasan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium